BUKAN mudah untuk seseorang terutama kanak-kanak berenang di tengah laut dalam keadaan ombak bergelora dan angin kuat.
Namun tiada yang mustahil bagi si cilik berusia 11 tahun, Sinan Rauf Mohammad Fairuz yang disahkan menghidap autisme tahap ringan.
Keberaniannya meredah ombak kuat dalam Open Water Autism Swimming Challenge di Blue Lagoon, Port Dickson, Sabtu lalu ternyata memukau netizen selepas menyaksikan video renangannya tular di media sosial sejak Isnin.
Rata-rata memuji Sinan yang disifatkan sebagai seorang budak yang berani dan ‘selamba’ meredah ombak kuat.
Jurulatihnya, Hamlatul Hawary Azizan ketika dihubungi mStar Online turut mengakui terkejut dengan keberanian Sinan yang tenang mengharungi ombak bergelora dan keadaan laut yang diluar jangka.
For the full article, please click the link below:
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2017/08/16/sinan-redah-ombak/